Thursday 21 January 2016

APA ITU iKELAS


i-Kelas merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT. Ia tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah. i-Kelas juga merupakan proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio.


Kewujudan i-Kelas akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran:
  •  Kolaboratif
  •  Komunikasi
  •  Pembinaan ilmu Penggunaan ICT terkini
  •  Inovasi dan menyelesai masalah
  •  Tapis kendiri

 Faedah i-Kelas kepada sekolah, guru dan murid
  •  Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT
  •  Tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah.
  •  Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar serta audio.
  •  Sekolah mempunyai infrastruktur ICT terkini yang akan menjadikan pembelajaran lebih dinamik.
i-Kelas mempunyai peralatan asas yang dibekalkan: 
  • Projektor Interaktif.
  • Komputer guru.
  • Komputer tablet murid.
  • Akses Wi-fi (Router).
  • Classroom Management System.
  • Sekolah dibekalkan bahan pembelajaran digital.

Nama Sekolah Yang Dibekalkan i-Kelas
  • SK Bukit Jejulong, Marang
  • SK Lembah Jaya, Setiu
  • SK Sungai Lerek, Setiu
  • SK Jerangau, Dungun
  • Madrasah Moden Batu Rakit, Kuala Terengganu
  • SK Tok Jembal, Seberang takir, Kuala Terengganu
  • SK Kerandang, Jabi, Besut
  • SK Padang Luas, Jerteh, Besut
  • SK Alor Keladi, Hulu Besut, Besut
  • SK Nail, Kuala Besut, Besut
  • SK Amer, Kampung Raja, Besut
  • SK Seri Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu
  • SK Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu
  • SK Langgar, Kuala Telemong, Hulu Terengganu
  • SK Ibok, Kijal, Kemaman
  • SK Kg Chabang, Kemasek, Kemaman
  • SK Seri Jaya, Air Puteh, Kemaman