Monday 31 October 2016

FROG VLE




LOGIN PELAWAT
KE LAMAN FROG VLE SK IBOK : https://tba2010.1bestarinet.net/app/os

MAJLIS PELANCARAN FROG CLASSROOM SK IBOK

Frog Classroom SK Ibok telah dilancarkan pada 23 Oktober 2016. Selama 3 bulan proses Makeover telah dijalankan secara gotong royong warga sekolah dan juga bantuan dari RELA Kg Ibok. Projek ini juga mendapat tajaan dari YTL Foundation, EPIC, Ketengah, Sykt HIidayah dan beberapa syarikat disekitar Kemaman. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En Ghani dari PPD Kemaman
Wakil YTL-En Othman

Pelancaran Frog Classroom oleh wakil PPD Kemaman
Wakil Frog Asia -Tuan Syed Redha

Lawatan ke Frog Classroom









Sunday 23 October 2016

BRIGED BESTARI 2016

PELANCARAN BRIGED BESTARI SK IBOK

Penyampaian Sijil Pelantikan
23 Oktober 2016-Seramai 15 orang murid telah dipilih sebagai Briged Bestari. Pelantikan mereka adalah serentak dengan Pelancaran Frog Classroom SK Ibok. Dalam Majlis tersebut, sijil pelantikan mereka telah di sampaikan oleh En Azim dari EPIC. Mereka juga turut membuat persembahan sebagai gimik Uniform Briged Bestari

Logo pada Vest Briged Bestari SK Ibok
Gimik Pelancaran Briged Bestari
Penyampaian Sijil Pelantikan Briged Bestari 2016
Briged Bestari ini akan menjalankan tugas mereka di dua bilik iaitu Frog Classroom dan iKelas. Fungsi mereka adalah sebagai tunjuk cara kepada rakan mereka yang mempunyai masalah berkaitan ICT. Mereka juga berfungsi sebagai PRO dn juru arah apabila terdapatnya pelawat yang berkunjung ke Frog Classroom dan iKelas.


Monday 27 June 2016

SEBARANG MAKLUM BALAS & CADANGAN BOLEH DI SALURKAN MELALUI RANGKAIAN BERIKUT:

1) Guru Besar
    SK Ibok
    24040 Kemaman
    Terengganu

2) No.Telifon : 09-8526273

3) Email : ikelastba2010@gmail.com

Wednesday 1 June 2016

KECERIAAN iKELAS

Selepas
Sebelum














Nama Aktiviti
Keceriaan Bilik iKelas
Objektif
  1)  Bilik Lebih Ceria
  2)   Bilik Lebih Kemas

Tarikh
  Sepanjang Cuti penggal Pertama
Masa
  -
Tempat
  Bilik iKelas
Sasaran
  Semua Ahli Jawatankuasa bilik iKelas
Jawatankuasa Pengelola

  Penyelaras I-kelas EIO


Thursday 26 May 2016

HOME

SK IBOK
SEKOLAH AMANAH MALAYSIA

iKELAS: MEMACU TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN ABAD 21


Wednesday 3 February 2016

KURSUS DALAM 2016







Kursus pelaksanaan I-kelas dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tahap 2 oleh TOP IT INDUSTRIES SDN. BHD.


Nama Aktiviti
Kursus pelaksanaan I-kelas dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tahap 2 oleh TOP IT INDUSTRIES SDN BHD
Objektif
  1) Memberi Pendedahan kepada Guru-Guru penggunaan Peralatan yang terdapat di bilik i-kelas.
  2)   Memberi Pengenalan Awal kepada guru-guru peralatan bilik I-kelas

Tarikh
  3 Februari 2016
Masa
  2.00 Petang – 4.30 Petang
Tempat
  Bilik I-kelas
Sasaran
  Guru- Guru tahap 2
Jawatankuasa Pengelola

  Penyelaras I-kelas EIO

Thursday 21 January 2016

APA ITU iKELAS


i-Kelas merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT. Ia tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah. i-Kelas juga merupakan proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar dan audio.


Kewujudan i-Kelas akan melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran-kemahiran:
  •  Kolaboratif
  •  Komunikasi
  •  Pembinaan ilmu Penggunaan ICT terkini
  •  Inovasi dan menyelesai masalah
  •  Tapis kendiri

 Faedah i-Kelas kepada sekolah, guru dan murid
  •  Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT
  •  Tidak bergantung kepada kesediaan Internet di sekolah.
  •  Proses pembelajaran secara multimedia iaitu text, video, gambar serta audio.
  •  Sekolah mempunyai infrastruktur ICT terkini yang akan menjadikan pembelajaran lebih dinamik.
i-Kelas mempunyai peralatan asas yang dibekalkan: 
  • Projektor Interaktif.
  • Komputer guru.
  • Komputer tablet murid.
  • Akses Wi-fi (Router).
  • Classroom Management System.
  • Sekolah dibekalkan bahan pembelajaran digital.

Nama Sekolah Yang Dibekalkan i-Kelas
  • SK Bukit Jejulong, Marang
  • SK Lembah Jaya, Setiu
  • SK Sungai Lerek, Setiu
  • SK Jerangau, Dungun
  • Madrasah Moden Batu Rakit, Kuala Terengganu
  • SK Tok Jembal, Seberang takir, Kuala Terengganu
  • SK Kerandang, Jabi, Besut
  • SK Padang Luas, Jerteh, Besut
  • SK Alor Keladi, Hulu Besut, Besut
  • SK Nail, Kuala Besut, Besut
  • SK Amer, Kampung Raja, Besut
  • SK Seri Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu
  • SK Tok Randok, Ajil, Hulu Terengganu
  • SK Langgar, Kuala Telemong, Hulu Terengganu
  • SK Ibok, Kijal, Kemaman
  • SK Kg Chabang, Kemasek, Kemaman
  • SK Seri Jaya, Air Puteh, Kemaman