Frog Classroom SK Ibok telah dilancarkan pada 23 Oktober 2016. Selama 3 bulan proses Makeover telah dijalankan secara gotong royong warga sekolah dan juga bantuan dari RELA Kg Ibok. Projek ini juga mendapat tajaan dari YTL Foundation, EPIC, Ketengah, Sykt HIidayah dan beberapa syarikat disekitar Kemaman. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh En Ghani dari PPD Kemaman
23 Oktober 2016-Seramai 15 orang murid telah dipilih sebagai Briged Bestari. Pelantikan mereka adalah serentak dengan Pelancaran Frog Classroom SK Ibok. Dalam Majlis tersebut, sijil pelantikan mereka telah di sampaikan oleh En Azim dari EPIC. Mereka juga turut membuat persembahan sebagai gimik Uniform Briged Bestari
Logo pada Vest Briged Bestari SK Ibok
Gimik Pelancaran Briged Bestari
Penyampaian Sijil Pelantikan Briged Bestari 2016
Briged Bestari ini akan menjalankan tugas mereka di dua bilik iaitu Frog Classroom dan iKelas. Fungsi mereka adalah sebagai tunjuk cara kepada rakan mereka yang mempunyai masalah berkaitan ICT. Mereka juga berfungsi sebagai PRO dn juru arah apabila terdapatnya pelawat yang berkunjung ke Frog Classroom dan iKelas.